27 October 2024
Padang Merdeka, Kuching, Sarawak
Join Us On 27 October 2024
Padang Merdeka, Kuching, Sarawak

11,000 Pelari Dijangka Sertai Kuching Marathon 2023

11,000 Pelari Dijangka Sertai Kuching Marathon 2023

KUCHING, 28 Ogos: Kuching Marathon 2023 yang memasuki edisi kelapan penganjurannya dijangka akan menarik penyertaan lebih 11,000 peserta.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setakat ini lebih 8,600 pelari tempatan dan antarabangsa telah mengesahkan penyertaan mereka.

“Saya pasti kita akan dapat mencapai sasaran 11,000 peserta pada akhir September ini kerana masih berbaki lebih sebulan untuk pendaftaran.

“Biasanya warga Kuching akan mendaftar pada saat akhir,” katanya dalam sidang media sempena acara itu di sini hari ini.

Sementara itu Abdul Karim turut memaklumkan, hadiah keseluruhan RM100,000 menanti setiap pemenang bagi enam kategori perlumbaan iaitu 42 kilometer (km) lelaki dan wanita, 21 km terbuka dan veteran, serta acara 10 km dan lima km.

Dalam pada itu, sebagai usaha menambah baik acara yang berlangsung bermula 1 hingga 8 pagi pada 1 Oktober depan, Abdul Karim meminta masjid dan surau di sepanjang laluan maraton dibuka untuk pelari beragama Islam menunaikan solat.

“Mereka akan berhenti solat Subuh dan meneruskan larian selepas itu.

“Ini menjadikan maraton lebih bermakna,” katanya. -TVS

Penganjur yakin lebih 11,000 peserta akan menyertai Kuching Marathon 2023 pada 1 Oktober depan. Foto Evanto.