27 October 2024
Padang Merdeka, Kuching, Sarawak
Join Us On 27 October 2024
Padang Merdeka, Kuching, Sarawak

Kuching Marathon 2023 Kembali Lagi

Kuching Marathon 2023 Kembali Lagi

“Kita mahu melihat acara ini berlangsung dengan jayanya dan kita juga gembira dengan acara ini kerana secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan industri pelancongan negeri.”

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan

Seramai 10,000 hingga 11,000 peserta dijangka sertai acara larian bertaraf antarabangsa pada 1 Oktober itu

KUCHING: Kuching Marathon 2023 akan berlangsung pada 1 Oktober akan datang dengan 10,000 hingga 11,000 peserta dijangka mengambil bahagian dalam acara larian bertaraf antarabangsa itu.

Memasuki edisi kelapan penganjuran tahun ini, enam kategori dibuka untuk penyertaan iaitu 42 kilometer (km) terbuka (lelaki dan wanita), 42km veteran (lelaki dan wanita), 21 km terbuka (lelaki dan wanita), 21km veteran (lelaki dan wanita), 10km terbuka (lelaki dan wanita) dan 5km terbuka (lelaki dan wanita).

Daripada enam kategori itu lima kategori dipertandingkan (42km, 21km terbuka dan veteran dan 10km terbuka) dengan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM100,000.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Kuching Marathon merupakan satu daripada lima acara larian maraton bertaraf antarabangsa di Malaysia.

Di Sarawak katanya selain Kuching Marathon, satu lagi acara marathon iaitu Miri Marathon juga bertaraf antarabangsa dan beliau berharap tahun depan satu lagi acara maraton dari Sarawak iaitu Bintulu Marathon akan turut diiktiraf sebagai acara antarabangsa.

“Kita mahu melihat acara ini berlangsung dengan jayanya dan kita juga gembira dengan acara ini kerana secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan industri pelancongan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Kuching Marathon 2023 di Tingkat 17, Bangunan Baitulmakmur II di sini hari ini.

Ujar Abdul Karim, acara Kuching Marathon mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi dan kementerian termasuk Malaysia Airlines dan FireFly yang menawarkan promosi istimewa bagi peserta.

Kedua-dua penerbangan ini katanya, menawarkan diskaun bagi penerbangan domestik dan Singapura ke Kuching (Malaysia Airlines) dan Kuching-Miri, Pulau Pinang-Kuching, Kota Kinabalu-Kuching (FireFly).

Promosi katanya adalah sah untuk tempahan pada 10 September hingga 30 September bagi perjalanan 25 September hingga 8 Oktober.

Dalam pada itu peserta bagi kategori 42km akan dilepaskan pada jam 1 pagi diikuti peserta 21km pada jam 4 pagi, peserta 10km pada 5.30 pagi dan terakhir kategori 5km pada jam 6.30 pagi di pekarangan Padang Merdeka di sini dan perlu menamatkan larian pada jam 8 pagi.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan, Pengarah Perlumbaan Liew Tang Chieh serta yang lain.

Taken from the Utusan Borneo

Abdul Karim (empat kiri) menunjukkan pingat Kuching Marathon 2023 yang bakal diterima peserta larian. Turut kelihatan Liew (kiri) dan Snowdan (tiga kiri).

Moreover, Malaysia Airlines and Firefly are offering a 15 per cent discount to KM2023 participants. For Malaysia Airlines, it applies to domestic flights and Singapore flights to Kuching, and for Firefly, it applies to flights from Miri to Kuching, Penang to Kuching, and Kota Kinabalu to Kuching. Firefly will also give the winner two tickets to any Firefly destination.

The promotion selling period will be from Sept 10 to Sept 30, 2023, whereas the travel period will be from Sept 25 to Oct 8, 2023.

Also present at the press conference were MTCP deputy minister Datuk Snowdan Lawan, race director Liew Tang Chieh, and others.

For more information on KM2023, visit https://www.marathonkuching.com/. — DayakDaily

for 42KM, 21KM, 10KM, and 5KM. Photo credit: Kuching Marathon Facebook page